Blanc & Eclare
Blanc & Eclare

Blanc & Eclare

Blanc Group Ltd., juga dikenali sebagai Blanc & Eclare, ialah jenama fesyen mewah yang menghasilkan kacamata, denim, pakaian, produk rawatan kulit, dan aksesori.[1] Jessica Jung melancarkan label ini pada Ogos 2014 dengan nama Blanc, yang bermaksud "bersih dan tegas".[2] Kemudian menambah nama Eclare, yang berasal dari perkataan dalam Bahasa Latin, Clara, yang bermaksud "kejernihan dan kecerahan".[3]Produk Blanc & Eclare dijual di sekitar 60 lokasi, antara lain di Seoul, New York, Beijing, Hong Kong, Bangkok, Taiwan, Shanghai, Tokyo, dan Vancouver.[4] Pada Disember 2016, Blanc & Eclare membuka kedai pertamanya di Amerika Syarikat di SoHo, New York.[5] Kedai itu kemudian ditutup pada Ogos 2019, dan dijadualkan akan dibuka semula pada pertengahan 2020.[6]